FENOMENA BOBA MILK TEA DI MALAYSIA


FENOMENA BOBA MILK TEA !!!


                     





Bubble Tea, Bubble Tea lagi, di mana- mana pun orang masih lagi bercakap pasal minuman yang semakin viral yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Kedai - kedai minuman ini dari pelbagai jenama tumbuh bak cendawan selepas hujan hebat betul fenomena minuman ini.


Bubble Tea kebiasaanya digelar Bubble Tea, Pearl Milk Tea, Tapioca Tea, Taiwanese Tea atau boba. Ia adalah minuman berasaskan teh dan juga susu, sirap berperisa, tapioca pearls atau buah-buahan.




1. THE ALLEY


Boba tea berasal dari Taiwan.

Minuman boba tea mula diperkenalkan di Taiwan pada suatu masa dahulu dan kini sudah menjadi ikutan di kebanyakan negara Asia. Jika anda peminat tegar boba tea di negara ini, anda mungkin dah terjebak dengan minuman ini sebelum lahirnya Xin Fu Tang, Tiger Sugar, Daboba dan lain-lain lagi. 






2. XI FU TANG





Kini populariti boba tea semakin meningkat ke seluruh dunia.

Jika sebelum ini boba tea terkenal di negara-negara kejiranan Taiwan seperti Jepun dan Korea Selatan, kedai menjual minuman boba tea sudah boleh didapati di lebih 30 buah negara ketika ini termasuklah di Amerika Syarikat !




3. SECRET RECIPE BOBA MILK TEA



Review Netizens : "Sebijik rasa mcm Tealive cuma pearls dia keras sikit, Caramel Milk Tea tak manisss "😍

Secret Recipe adalah restoran yang menyajikan pelbagai jenis kek dan mendapat sambutan yang hangat. Secret Recipe sangat terkenal dengan rasa kek yang sangat best. Baru-baru ini restoran ini telah memperkenalkan Boba Milk Tea sebagai Dessert sampingan. Terdapat 2 flavour yang diperkenalkan antaranya :
Brown Sugar Milk Tea
Caramel Milk Tea
Ianya mendapat sambutan yang baik oleh rata-rata pengemar Bubble Milk Tea

Jom dapatkan Secret Recipe Boba Milk Tea segera berdekatan anda !!!!





4.  DABOBA



Boba Tea juga dikenali dengan pelbagai nama lain.


Selain boba tea, minuman ini juga dikenali dengan nama lain seperti bubble tea, milk tea, pearl tea, dan tapioca tea. Jika anda belum tahu pearl atau bebola manis yang terdapat di dalam minuman ini diperbuat daripada tepung tapioca atau juga dikenali sebagai tepung ubi.







5. TIGER SUGAR









Nama ‘boba/bubble’ tea bukan merujuk kepada bebola tapioca di dalam minuman boba tea!

Rupanya selama ini kita telah salah tafsir! Kebanyakkan orang mesti fikir yang nama ‘boba’ atau ‘bubble’ itu merujuk kepada bebola tapioca yang terdapat di dalam minuman boba tea tersebut. Namun ia sebenarnya merujuk kepada buih-buih yang terdapat di atas permukaan minuman anda! Di awal kemunculan boba tea di Taiwan, minuman ini perlu digoncang justeru menjadikan permukaan nya berbuih, dan dari situ lah nama ‘bubble tea’ tercipta!




JOM LAH MERASAI KELAZATAN BOBA MILK TEA YANG ADA DI MALAYSIA !!!!!!


Untuk mengetahui tarikan boba milk tea dengan lebih lanjut, sila klik pada pautan di bawah :




















Comments